Detik-Detik Ulama Mesir Sempat Alunkan Ayat Al-Quran Sebelum Hembuskan Nafas Terakhir

Setiap yang beriman pasti ingin meninggal dunia dalam pengakhiran yang baik atau husnul khatimah. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan melakukan amalan soleh dan mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Baru-baru ini, seorang lagi ulama meninggalkan kita. Ulama dipercayai hafiz Al-Quran tertua di Luxor, Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil sempat membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebelum meninggal dunia.

Dalam video yang tular di media sosial, Allahyarham dilihat sedang terbaring dengan memakai alat bantuan pernafasan. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada Isnin lalu.

Berdasarkan perkongsian portal Arab, Sheikh Abdul A’ti lahir di Edfu, utara Aswan pada 1934. Beliau kemudiannya mengikut ayahnya berpindah ke Esna dan menghafaz kitab suci Al-Quran pada usia muda sebelum hilang penglihatan.

Baca Juga :   Sedihnya, Seorang Gadis Sakit Jiwa Gara-gara Lamaran Kekasih Ditolak Orangtua

Pada usia 15 tahun, beliau menghabiskan hafazan Al-Quran dan menyertai sekolah menengah Al-Azhar.

Beberapa hari lepas, beliau didakwa mengalami masalah kesihatan dan menunjukkan simptom jangkitan koronavirus. Beliau menjalani ujian saringan dan didakwa positif virus berkenaan.

Pun begitu, punca sebenar kematiannya tidak ketahui.

Semoga beliau ditempatkan bersama orang yang soleh

Kematian yang dicemburui

Semoga syurga buatmu

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: Siakap Keli via Facebook

(Visited 490 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *