Rasululullah S.A.W telah memberi contoh terbaik dalam 24 jam kehidupan baginda. Hari ini kita akan membaha adab dan cara minum Rasulullah SAW yang bisa diikuti untuk menjaga kesehatan tubuh agar sentiasa selalu sehat.
1. Gunakan Tangan Kanan
Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam (SAW) mengajar untuk kita makan dan memegang bekas minuman menggunakan tangan kanan dan melarang umatnya menggunakan tangan kiri kerana ia adalah sifat syaitan dan ciri-ciri orang yang congkak.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda; Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda; Jika salah seorang dari kamu hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. (HR. Muslim)
2. Niat Kerana Allah SWT
Hendaklah ketika minum berniat bagi menyegar dan menyihatkan tubuh badan supaya memudahkan beribadah dan kerana Allah SWT.
Hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. (Riwayat al-Bukhari).
3. Baca Basmallah
Memulai minum dengan Basmalah: Bismillahir-rahmanir-rahim
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Apabila seseorang di antara kamu minum dan memakan makanan, katakanlah Bismillah. Apabila lupa pada permulaannya, katakanlah Bismillahi fii awwalihi wa aakhirihi.(HR. Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
4. Membaca Doa
Doa minum air:
Ya Allah! Sesungguhnya daku meminumnya dengan harapan Dikau mengampuni daku dan mengabulkan maksudku; Maka ampunilah daku serta kabulkanlah.
5. Minum Dengan 3 Nafas
Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain. Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya. (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan Alhamdulillah di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.
Diriwayatkan dari Anas radhiyalaahu anhu (r.a.) bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum, Rasulullah SAW biasa bernafas tiga kali sewaktu minum. (HR. Muttafaq alaih).
Anas bin Malik r.a. berkata lagi; Baginda SAW bersabda: Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan. (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu beliau mengatakan, Ketika Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar bekas air minum sebanyak tiga kali.
Dan Baginda SAW bersabda, Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat. Anas mengatakan, Oleh kerana itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali. (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)
6. Dilarang Meniup Minuman
Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.