Ubay bin Kaab berkata: Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.
Dari Ibnu Abbas, Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup bekas air minum. (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)
Dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawi mengatakan, Larangan bernafas dalam bekas air minum adalah termasuk etika kerana dikhuatirkan hal tersebut mengotori air minum atau menimbulkan bau yang tidak enak atau dibimbangkan ada sesuatu dari mulut dan hidung yang terjatuh ke dalamnya dan hal-hal semacam itu.
7. Hindari Menonggang
Rasulullah SAW telah mengajarkan adab meminum air dengan cara duduk, menempelkan bibir ke air, bernafas di luar gelas serta tidak minum dengan cara menonggang. Maksudnya adalah mencegah masuknya udara ke dalam perut.
8. Minum Dalam Keadaan Duduk
Janganlah kita minum dalam keadaan berdiri walaupun ia dibolehkan tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Anas juga berkata: Rasulullah SAW telah melarang minum sambil berdiri. (HR Muslim)
Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
Adapun Rasulullah SAW pernah sekali minum sambil berdiri, oleh kerana ada sesuatu yang menghalangi Baginda SAW untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Ingat hanya sekali kerana darurat!
Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Maka Baginda SAW lantas minum dalam keadaan berdiri. (HR. Bukhari dan Muslim r.a.
9. Larangan Minum Dalam Bekas Besar
Elakkan diri kita meminum dari bekas yang besar seperti teko dan cerek. Apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Sewaktu kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Ibnu Abbas menambahkan: Rasulullah SAW telah melarang minum dari mulut teko. (HR Bukhori dan Ibnu Majah)
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Janganlah kamu minum sambil berdiri. Sesiapa terlupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya. (HR. Ahmad r.a.)
10. Menutup Makanan dan Minuman
Tutuplah tempat minuman terutama pada malam hari. Rasulullah SAW mewajibkan menutup makanan untuk melindunginya dari pencemaran, sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi SAW: Tutuplah makanan dan minuman. (HR. Bukhari r.a.)
Dari Jabir bin Abdillah, ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Tutupilah bejana-bejana dan wadah air. Kerana dalam satu tahun ada satu malam, ketika itu turun wabak, tidaklah ia melalui bejana-bejana yang tidak tertutup, ataupun wadah air yang tidak diikat melainkan akan turun padanya sesuatu penyakit. (HR. Muslim r.a.)
11. Ucapkan Hamdalah, Alhamdulillah
Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) dan setelah selesai minum bacalah Alhamdullilah tanda kita bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan.
12. Mencuci Mulut (Berkumur) Selepas Makan
Hal ini dimaksudkan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan bakteria. Secara Rasulullah SAW beliau menekankan pentingnya berkumur setelah minum susu:
Berkumurlah kalian setelah minum susu, kerana di dalamnya mengandung lemak. (HR. Ibnu Majah)
Wallahu alam bishowab