Istimewanya Sholat Sunat Dhuha Adalah Hadiah Tak Ternilai Dari Allah

  • Share

Istilah ‘dhuha’ dapat ditemukan di beberapa tempat dalam al-Quran, antaranya dalam surah Thaha:59, AI-Araf:98, dan An-Nazi’at: 46. Perkataan ‘dhuha’ diertikan sebagai ‘pagi hari’ atau sebagai ‘panas sinar matahari’, di tempat lainnya dalam surah Thaha:119.

Istilah dhuha juga mencakupi kedua-dua makna itu sehingga diertikan ‘sinar matahari di pagi hari’ (as-Syams:1). Pada tempat lain (an-Nazi’at :29), kata ‘dhuha’ diertikan sebagai ‘siang yang terang’.

Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, ‘Demi waktu Dhuha’. Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya.

Ini bermaksud dhuha adalah waktu yang sangat penting. Maka dengan itu, Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan solat sunat Dhuha. Waktunya adalah dari naik matahari dan berakhir ketika matahari tergelincir, tetapi sunat diakhirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Apakah kelebihannya mendirikan solat sunat Dhuha?

1. Sebagai Wasiat dan Sunnah Rasulullah
Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat Dhuha.

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa ia berkata; ‘Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti. Iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir’.” (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Nilaian Sedekah Bagi Seluruh Sendi Tubuh Manusia
Nabi Muhammad bersabda,

“Diriwayatkan dari Buraidah bahawa ia berkata, Aku telah mendengar Rasulullah bersabda, ‘Pada diri manusia terdapat 363 ruas. Ia memiliki kewajiban bersedekah atas setiap ruas tersebut.’ Para sahabat bertanya, ‘Siapakah yang mampu melakukan hal itu, wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Ludah di dalam masjid yang ia timbun (dibersihkan) atau sesuatu (penghalang) yang ia singkirkan dari jalanan. Jika engkau belum mampu, dua rakaat solat Dhuha sudah memadai untuk mewakili kewajipanmu bersedekah’.”

Selain itu, solat Dhuha juga adalah sedekah yang setanding dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berdakwah dan mencegah kemungkaran.

3. Memperoleh Keuntungan (Ghanimah) yang Besar
Rasulullah SAW bersabda,

  • Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *