“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat Dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.” (Shahih al-Targhib: 666)
4. Dibangunkan Sebuah Sumah di Syurga
Bagi golongan yang rajin mengerjakan solat Dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW;
“Barangsiapa yang solat Dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” (Shahih al-Jami’: 634)
5. Mendapat Rezeki Dengan Segera
“Diriwayatkan dari Nu‘aim bin Hammar bahwa ia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu’.”(Hadis Riwayat Abu Dawud)
6. Mandapat Pahala Umrah
Dari Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barang siapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Shahih Al-Targhib: 673)
7. Mendapat Keampunan Dosa Terdahulu
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan solat sunat Dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini, bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.
Semoga solat sunat Dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredaan Allah SWT.
Sumber: tazkirah.net