Bukan atas nama kewajipan, namun juga sebagai bentuk cinta serta wujud Isteri yang mencari redha Suaminya”
Saya semakin bingung Bu.
“Baik, anandaku sayang. Ini pengetahuan untuk kamu yang ingin bernikah.”
Beliau berbalik memandang mataku.
“Menurutmu, pengertian nafkah itu apa? Bukankah Lelaki harus memberi nafkah kepada Isteri?” Tanya Ibu.
“Iya sudah pasti Bu.. ”
“Baju yang bersih itu nafkah. Hingga mencuci adalah kewajipan Suami. Makanan itu nafkah. Jadi bila masih tetap berbentuk beras, itu masih setengah nafkah. Kerana belum dapat dimakan. Hingga memasak adalah keharusan Suami. Lantas mempersiapkan tempat tinggal adalah kewajipan Suami. Hingga kebersihan rumah itu kewajipan Suami.”
Mataku membelalak mendengar kata-kata Ibuku ini.
“Waaaaah.. sampai begitu bu..? Lalu bila itu semua kewajipan Suami. Mengapa Ibu terus lakukan itu semuanya tanpa meminta dari Ayah?”
“Sudah pasti untuk mencari redha.”
Sumber: tawaurians.com